Penerbitan Bintang Hati (filem)

Bintang Hati diarahkan oleh Aziz M. Osman yang sebelum ini mengarahkan beberapa filem termasuk XX Ray, Femina, Baginda, Puteri Impian dan Senario The Movie. Tajuk filem ini diperoleh daripada tajuk album dan lagu nyanyian Amy Mastura dengan judul sama.

Amy diberikan dua peranan, iaitu Syakila dan Tasha; beliau juga berkhidmat sebagai penulis cerita. Penggambaran dijalankan selama dua bulan bermula 30 Januari 2003 sehingga 13 Mac 2003. Kumpulan rock Spider, yang sebelum ini membintangi telefilem Gosok memegang peranan penjual burger. Penyanyi Anuar Zain, memegang watak Izad, seorang wartawan hiburan; Bintang Hati merupakan filem keduanya selepas Soal Hati (2001). Pelakon lain termausk Jaafar Onn, Saiful Apek, Fasha Sandha dan Umie Aida. Lagu "Sesedang" diterbitkan khas untuk filem ini, namun tidak dimuatkan dalam album Bintang Hati.